Followers

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

++Search This Blog++

Showing posts with label penyesalan. Show all posts
Showing posts with label penyesalan. Show all posts

Thursday, November 4

Sungguh hina diri ini, ya ALLAH,,...


Tuhan...

betapa aku terlalu berdosa kepadaMu.Hati ini hanya akan tunduk menyembahMu hanya bila diuji......Terlalu kerdil untukku menagih simpati MU.

Ya Allah,aku ingin bertaubat kepadaMu..tapi kenapa setiap kali aku ingin taat dan bertaubat kepadaMu,ada sahaja syaitan durjana yang menyekatku....terlalu lemah hati ini,,,
Adakah aku terlalu cintakan dunia??????? Saat  kau memberi aku nikmat.mudah sahaja hati ini sujud kepadaMu...tapi kenapa mudah sahaja hati ini menyalahkan Qoda’ dan Qadar Mu andai ujian datang menghempapku..

Jika aku singkap kembali sejarah hidupku...Ku merasakan betapa sedikit sahaja hati ini sujud kepadaMU...NikmatMu melangit luas, tapi dosaku menggunung tinggi!!!!..

Ya Rahman,Ya Rahim...

Berikanlah aku hidayah dan petunjukMu..Agar dapat diri ini bertaubat dan sentiasa mengharap makfirah dariMu..Jika hati ini boleh ku ambil.,ingin sahaja aku membersihnya dengan air kerana kekotoran dan titiok hitam  yang ku rasakan sudah semakin menebal dalam hati ini..

Ya Rasulullah,

Ingin sahaja aku mengikut segala sunnahmu yang termampu ku lakukan..tapi kenapa setiap kaliku ingin mendekati amalan-amalanmu,terasa sukar pula untuk diri ini melakukanya..TErlalu hati ini cemburu kepada umat-umatMu yang terlalu taat beribadat kepada Allah dan kepadaMu....aku pula sudah berbangga dengan solat fardhuku,sedangkan itu sudah menjadi kewajipan kepadaku..itupun,kadang-kadang aku melakukannya dalam keadaan hati ini lalai...
Kenapa hati ini sukar untuk istiqamah dalam melakukan ibadah????...iman akan bertambah dan berkurang, betpa takut diri ini andai iman ku sudah berkurang sehingga sukar untukku mengingati Allah......................

Ya ALLAH,
Bantu lah hambaMu ini menghadapi dugaan hidup ini dan sentiasa taat  kepadaMu...amin ya Rabbal Alamin..

.. 

Friday, December 25

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)Rasulullah S.A.W telah bersabda bahawa :
"10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, 
antaranya :
1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."



Tuesday, December 8

BACA!!!! 12 barisan manusia

Barisan pertama:
Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . Keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T : 'Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat'. Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari(memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka'.

Barisan ke-2:
Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah 'mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk.' Rasulullah saw bersabda 'sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.

Barisan ke-3:
Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking 'mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.
Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.

Barisan ke-4:
Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut 'Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.

Barisan ke-5:
Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar 'Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...