Followers

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

++Search This Blog++

Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Tuesday, November 15

Mencari CINTA yang diredhai ALLAH


Cinta itu indah jika ALLAH menjadi matlamat utama..
Sesungguhnya ALLAH tidak memberi kita hak melainkan untuk menyayangi sesama kita..


Ya ikhwan, daku menyintaimu kerana agama yang ada padamu,
Jika kau hilangkan agama pada dirimu, maka hilanglah cintaku padamu..
Ya RABBI, kurniakan daku seseorang yang ku perlu, bukan yang ku mahu..
Cintakanlah daku pada seseorang yang melabuhkan cintanya kepadaMU,
Agar bertambah kekuatan cintaku kepadaMU..

Jagalah cintaku ini agar tidak melebihi daripada cintaMU..
Izinkanlah daku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padaMU,
Agar ku tidak terjatuh dalam jurang cinta nafsu sahaja..


Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling hatiku padaMU,Ya ILAHI..
Rindukanlah daku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMU..
Jagalah keni'matan mencintai kekasihMU,
Agar tidak melebihi keni'matan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMU..


Jagalah rinduku padanya agar ku merindukan syurgaMU..
Ku mendambakan cinta suci yang terjaga,
Cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya,
Hubungan ini kan terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan YANG MAHA KUASA..


Ya ALLAH, Ya Rahman..Ya Rohiim..
Andainya dia adalah jodohku yang ditetapkan olehMU kepadaku,
Maka campakkanlah ke dalam hatiku cinta kepadanya adalah cinta keranaMU,
dan campakkanlah ke dalam hatinya cinta kepadaku adalah cinta keranaMU jua..
Berikanlah kami kekuatan, kesabaran & keimanan yang teguh agar pasrah dalam menghadapi ujianMU..
ALLAHUMMA AMIIN......

Thursday, November 3

Lelaki & Wanita


WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti). Kamu, tulang rusukku!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKImencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya... Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukanmasing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas.

Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan sayalagi!!!". LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulangrusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKImenyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telahtertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahunberlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusahamencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya. Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit dihatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI : Apa khabar?
WANITA : Baik... kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telefon saya kan? Tidak ada yang berubah. 

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal..."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban nahas kapal terbang. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit di hatinya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Tuesday, December 8

bertemu dgn y bkn slh

Kita bukan bertemu dengan orang yg salah, tetapi kita hakikatnya diberikan oleh Allah ilmu berharga yg tidak semua orang boleh merasakannya. oleh itu bersyukur dan selalu bersangka baik kpd Allah.


Cuba kita fikirkan ayat-ayat cinta ini....
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
p/s:percayalah segala yang terjadi telah ditakdirkan sejak azali, kita dihidupkan utk diuji kekuatan iman

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...