Followers

...LePaS Follow SaYe BacE iNi PuLa...
►Totorial : Tips Tingkatkan Follower
(Sebarkan Tips ini Tanda anda Prihatin)

++Search This Blog++

Tuesday, November 8

Mengesan pelaris atau sihir dalam makanan

p/s : gambar sekadar hiasan

Assalammualaikum ,


Tergerak hati saya untuk berkongsi bersama amalan sebelum kita masuk ke kedai makan atau ke satu2 majlis. Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar tentang pelaris di kedai makan atau di mana-mana sahaja. Tujuan sy berkongsi amalan ini bukan untuk menprovok kedai-kedai makan yang disyaki mempunyai pelaris, tetapi sebagai hamba ALLAH & umat Rasullullah S.A.W, setiap gerak geri, tutur kata & makan minum harus sentiasa terjaga.


Sy kongsikan bersama-sama amalan sebelum ke kedai makan atau satu majlis keramaian untuk kita mengelakkan termakan bahan yang dicampurkan pelaris & racun (NauzubILLAH).


Sebelum keluar rumah:


Fatihah
Ayatul Qursi 1x
Quraish 1x
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1. kerana kebiasaan aman tenteram kaum Quraisy (penduduk Makkah)
2. (laitu) kebiasaan aman tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam),
3. maka hendaklah mereka menyembah Tuhan Yang Menguasai Rumah (Kaabah) ini,
4. Tuhan Yang memberi mereka penghidupan: menyelamatkan mereka dari kelaparan, dan mengamankan mereka dari ketakutan.


Al-Ikhlas 3x

Ayat penggerak 3x



Keluar rumah melangkah kaki kanan sambil membaca doa keluar rumah (Bismillahi Tawakkal....Azim)

Semasa sampai di kedai atau majlis:

Quraish 1x
InnALLAHa Qawiyun Aziz 3x
Ayat pengerak 3
Masuk dengan kaki kanan ke dalam majlis. Jika ada petanda seperti loya, pening dsb, itu adalah petanda yang tempat tersebut mempunyai pelaris.
Mengikut pengalaman saya, jika ada sihir di dalam makanan, pinggan atau cawan akan pecah. Cuba amalkan untuk kesejahteraan bersama. InsyaALLAH ALLAH beserta kita yang sentiasa ingat padaNya.

@

nak tahu kedai itu ada pelaris (Khadam jin), baca Ayat Qursi 3kali di luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.he he Tiup perlahan-lahan sampai habis nafas(mcm ustaz Ismail Kamus ajar)

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, “khadam” tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Beberapa cara di bawah bolehlah di amalkan untuk mengelak sihir :-

1) Al-Fatihah.

2) Membaca tiga surah terakhir atau 3 Qul setiap hari.
Ia berdasarkan hadith :
قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )
Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : “Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad” (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih


6 comments:

  1. rakan saya pernah terkena santau semasa singgah minum di highway ke utara. Muntah darah gak. Ini kisah benar. http://www.wooweee.com/2011/11/aktiviti-boboi-hari-ni.html

    ReplyDelete
  2. Menarik info ini... Tapi pelik kan.. zaman maju berteknologi ni pun masih nak guna cara2 kuno ni. Tak faham.

    ReplyDelete
  3. khairul : oowh ye ke??eeee...takut kan kena menda macam ni..minta dijauhkan la..nauzubillah..

    ReplyDelete
  4. lydsunshine : bese la tu wak..sumenye sbb nk kaya cpt..so, amek jalan pintas gune la pelaris nk kasi org ramai dtg..

    ReplyDelete
  5. gambar ikan siakap goreng tu mcm kenal jer...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...